Sunday, 11 May 2014

Siri Dailog Dalaman 2 : Kemaskini Mei

Pada kemaskini blog Mei ini, aku hanya menghasilkan beberapa keping karya. Lakaran 5 merupakan studi yang aku hasilkan  dengan mendominasikan garisan yang pelbagai saiz diatas rupa sehelai daun. Karya-karya lain seperti penyataan artis yang terdahulu
Lakaran 5 : 9.5 x 13.5 inci, 2014

Daun Tembus : 36 x 48 in,  Akrilik diatas kanvas, 2014


Enam Helai Daun Tumbuh: 36 x 48 in,Akrilik diatas kanvas, 2014

Hembusan Berlegar: 39 x 60 in, Akrilik diatas kanvas, 2014

Lakaran 6 : 15 x 20 in

Monday, 27 January 2014

Karya siri Dailog Dalaman ii

Karya siri Dailog Dalaman ii yang bertajuk Hembusan Dingin merupakan karya terbaru yang dihasilkan pada bulan Januari 2014. Setelah lama tidak berkarya pelukis mencari bentuk baru yang mana pada kali ini pelukis ingin mengenegahkan isu keindahan alam. Melalui karya ini pelukis berpendapat telah menemui bentuk karya baru yang bertemakan keindahan alam. Subjek rujukan utama pelukis dalam karya ini ialah tumbuhan disekitar Studio Kawtsar. Tumbuhan dan angin merupakan dua unsur alam ataupun tanda-tanda ciptaan Allah yang Maha Agung.  
Siri Dailog Dalaman ii : Hembusan Dingin, akrilik, 36x48 in, 2014

Siri Dailog Dalaman ii: Alam 3, akrilik, 36x48 in, 2014 

Siri Dailog Dalaman ii: Alam 2, akrilik, 36x48 in, 2014 

Siri Dailog Dalaman ii: Alam 1, akrilik, 36x48 in, 2014 

Siri Dailog Dalaman ii: Alam , akrilik, 36x48 in, 2014 

Siri Dailog Dalaman ii: Alam 3, akrilik, 36x48 in, 2014 

Wednesday, 27 November 2013

Dailog Dalaman ii

Beberapa tahun kebelakangan ini pelukis kurang menghasilkan karya seni catan. Pelukis lebih menumpukan karya seni taman untuk studio Kawtsar. Pelukis hanya menghasilkan beberapa keping karya  dalam setahun.Karya Menunggang Di Simpang Pulai 1, pelukis hasilkan pada tahun 2011 dan disiapkan pada 2013. Karya siri Simpang Pulai ini merupakan catatan dairi tampak pelukis  mengenai pengalaman menunggang motor berkuasa tinggi. 


Menunggang Di Simpang Pulai 1

Karya bertajuk Angin Sepoi-Sepoi Bahasa dihasilkan pada tahun 2012. Karya ini menggunakan garisan beralun yang mewakili konsep tiupan angin. Rupa-rupa bujur pula mewakili gelembung-gelembung udara. Menggunakan ulangan garisan bersambungan karya ini cuba meneroka pergerakan angin sebagai satu fanomena infiniti. Angin tanda kebesaran Allah terhadap salah satu tanda ciptaanNya
Angin Sepoi-Sepoi Bahasa

Karya serabut dihasilkan pada tahun 2013. Pelukis cuba berkarya semula tetapi banyak persoalan yang menganggu di fikiran. Persoalan tentang komersil, persoalan tentang jualan dan pelbagai persoalan lain lagi. 
Serabut


Setelah karya serabut dihasilkan pelukis mengambil keputusan untuk  tidak meneruskan siri tersebut. Siri tersebut disimpan dahulu. Pelukis memutuskan untuk meredakan tekanan karya berasaskan subjek rujukan dari minda dan alam intuitif. Pelukis menghasilkan karya menggunakan subjek rujukan alam  (dailog dalaman 2). Menggunakan motif atau subjek rujukan alam menyebabkan hati menjadi lebih tenang. Alam adalah hamba Allah yang sentiasa patuh terhadap perintahNya dan juga sentiasa berzikir. Siri dailog dalaman 2,  ini adalah lanjutan dari siri dailog dalaman 1 yang telah pelukis hasilkan melalui pameran persaorangan di Galeri Tangsi pada tahun 2001
Siri Dialog Dalaman 2 : Alam 1 ; 2013

Siri Dailog Dalaman 2 : Alam 2

Siri Dailog Dalaman 2 : Alam 3 ; 2013

Siri Dailog Dalaman 2 : Alam 4 ; 2013

Sunday, 17 October 2010

Karya Siri Litar Spg Pulai - Cameron Highland

Karya siri litar Simpang Pulai - Cameron Highland dihasilkan pada pertengahan 2010. Isu utama karya ini bukanlah politik atau komentar sosial seperti siri-siri yang lazim. Sebaliknya suatu diari visual yang hanya mengenegahkan catatan aktiviti hujung minggu pelukis, iaitu menunggang motosikal. Melalui karya ini pelukis ingin merehatkan minda dari isu-isu politik dan sosial yang semakin memeningkan kepala. Karya ini menfokuskan teknik tungangan berhemah dan skil mengambil selekoh. Sungguh pun Rossi pernah mengatakan hobi menunggang motosikal ini adalah hobi yang merbahaya, namun latihan yang tinggi disertai dengan displin dan teknik yang betul insyaallah hobi ini akan selamat.

Kalau karya-karya terdahulu pelukis mendominasikan gaya ekpresionis,  melalui karya ini pelukis mengabungkan gaya ekpresionis dan pop Art. Latar belakang kebiasannya dihasilkan secara ekpresi dengan mencurah, merenjis warna. Kemudian jalinan garisan dan rupa bujur dimasukan untuk menghasilkan komposisi karya. Gabungan diantara melepaskan perasaan dengan mengawal perasaan itulah yang ingin disampaikan pelukis. sebagai seorang manusia pelukis berusaha mengawal diri terhadap dua sikap tersebut.






Thursday, 28 January 2010

My latest Art Work

Pada penghujung 2009 pelukis mengambil keputusan untuk menghasilkan karya yang mengabungkan gaya ekpresionis dengan Pop Art. Melalui teknik ekpresionis, perasaan dalaman yang dicurahkan keatas karya bukan sahaja berhenti dikanvas sebaliknya terbawa-bawa kedalam diri. Kombinasi garisan dan rupa bujur merupakan bentuk terkawal yang dihasilkan oleh pelukis bagi membentuk pengolahan karyanya.

Namun isu utama karya ini masih lagi menyentuh komentar sosial dan isu politik. Pelukis menumpukan kepada mimik wajah. Manusia dengan wajah yang pelbagai hidup dan beraksi di pentas kehidupan. Kehidupan samada bersosial dan berpolitik diteruskan jua. Kehidupan samada baik atau jahat adalah perjalanan dunia yang tak pernah berhenti dan terus bergerak sehingga mati. Pelbagai mimik muka dan watak yang pelukis tonjolkan sebagai gambaran pelbagai perasaan yang ada pada manusia. Ada perasaan gembira, ada perasaan tenang, ada perasaan sedih dan ada perasaan marah dan seumpamanya.