Sunday 17 October 2010

Karya Siri Litar Spg Pulai - Cameron Highland

Karya siri litar Simpang Pulai - Cameron Highland dihasilkan pada pertengahan 2010. Isu utama karya ini bukanlah politik atau komentar sosial seperti siri-siri yang lazim. Sebaliknya suatu diari visual yang hanya mengenegahkan catatan aktiviti hujung minggu pelukis, iaitu menunggang motosikal. Melalui karya ini pelukis ingin merehatkan minda dari isu-isu politik dan sosial yang semakin memeningkan kepala. Karya ini menfokuskan teknik tungangan berhemah dan skil mengambil selekoh. Sungguh pun Rossi pernah mengatakan hobi menunggang motosikal ini adalah hobi yang merbahaya, namun latihan yang tinggi disertai dengan displin dan teknik yang betul insyaallah hobi ini akan selamat.

Kalau karya-karya terdahulu pelukis mendominasikan gaya ekpresionis,  melalui karya ini pelukis mengabungkan gaya ekpresionis dan pop Art. Latar belakang kebiasannya dihasilkan secara ekpresi dengan mencurah, merenjis warna. Kemudian jalinan garisan dan rupa bujur dimasukan untuk menghasilkan komposisi karya. Gabungan diantara melepaskan perasaan dengan mengawal perasaan itulah yang ingin disampaikan pelukis. sebagai seorang manusia pelukis berusaha mengawal diri terhadap dua sikap tersebut.