Beberapa tahun kebelakangan ini pelukis kurang menghasilkan karya seni catan. Pelukis lebih menumpukan karya seni taman untuk studio Kawtsar. Pelukis hanya menghasilkan beberapa keping karya dalam setahun.Karya Menunggang Di Simpang Pulai 1, pelukis hasilkan pada tahun 2011 dan disiapkan pada 2013. Karya siri Simpang Pulai ini merupakan catatan dairi tampak pelukis mengenai pengalaman menunggang motor berkuasa tinggi.
 |
Menunggang Di Simpang Pulai 1
Karya bertajuk Angin Sepoi-Sepoi Bahasa dihasilkan pada tahun 2012. Karya ini menggunakan garisan beralun yang mewakili konsep tiupan angin. Rupa-rupa bujur pula mewakili gelembung-gelembung udara. Menggunakan ulangan garisan bersambungan karya ini cuba meneroka pergerakan angin sebagai satu fanomena infiniti. Angin tanda kebesaran Allah terhadap salah satu tanda ciptaanNya
|
 |
Angin Sepoi-Sepoi Bahasa
|
Karya serabut dihasilkan pada tahun 2013. Pelukis cuba berkarya semula tetapi banyak persoalan yang menganggu di fikiran. Persoalan tentang komersil, persoalan tentang jualan dan pelbagai persoalan lain lagi.
 |
Serabut
Setelah karya serabut dihasilkan pelukis mengambil keputusan untuk tidak meneruskan siri tersebut. Siri tersebut disimpan dahulu. Pelukis memutuskan untuk meredakan tekanan karya berasaskan subjek rujukan dari minda dan alam intuitif. Pelukis menghasilkan karya menggunakan subjek rujukan alam (dailog dalaman 2). Menggunakan motif atau subjek rujukan alam menyebabkan hati menjadi lebih tenang. Alam adalah hamba Allah yang sentiasa patuh terhadap perintahNya dan juga sentiasa berzikir. Siri dailog dalaman 2, ini adalah lanjutan dari siri dailog dalaman 1 yang telah pelukis hasilkan melalui pameran persaorangan di Galeri Tangsi pada tahun 2001
|
 |
Siri Dialog Dalaman 2 : Alam 1 ; 2013 |
 |
Siri Dailog Dalaman 2 : Alam 2 |
 |
Siri Dailog Dalaman 2 : Alam 3 ; 2013 |
Siri Dailog Dalaman 2 : Alam 4 ; 2013